hai,
ni ad satu cite ttg islam
Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya.
Setiap pagi,si datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur.si cucu yang melihat
juga meniru perbuatan datuknya itu.
Satu hari si cucu bertanya kepada datuknya"atuk,saya baca Quran ini tapi tak faham
maksudnya.kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran.
Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?"
Si datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana
diisi arang sebelumnya
"nah,kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni.."
Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah meraka di ladang
apabila pulang,tiada air yang tinggal
"kau lambat sangat,cuba lari laju-laju sikit."kata si datuk.
si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya,tiada juga air yang tinggal.
"tak boleyla atuk,"kata si cucu
"cuba sekali lagi.."
kali ini datuknya melihat dari pintu.Si cucu pun,cepat2 ke sungai dan berlari membawa bakul
untuk tunjuk kepada datuk.
"nampak tak atuk?tak boleyla.Tak ada guna nya."bentak si cucu kecewa.
si datuk pun berkata"jadi kau rasa tak bergunalah?cuba kau tengok bakul tu."
seperti bru tersedar,si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi kini sidah bersih.
terus datuk menyambung
"macam tu lah dengan Quran.walaupun tidak memahami maksudnya,tetapi ia tetap membersihkan
si pembacanya.itu semua dengan kehendak Allah.Kerja Allah"
moral nye:bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya...kerana ia kalam Allah yang boleh membersihkan
hati kita.Wallahua'lam
Friday, July 8, 2011
Kenapa nak Bacak Al-Quran Sedangkan Tak Tau Makna
from me shashi at 2:50 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 gtau at cni je.:
Post a Comment